Aktiviti harian yg sama setiap hari tentu membosankan. Walaupun dpt memenuhi jadual harian dgn teratur dan sempurna, namun anda tidak boleh terikat dgn jadual tersebut semata-mata. Cubalah mencuri masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yg boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan anda. Inilah saat "Me Time" daan rasakan bagaimana badan anda mengucapkn terima kasih kpd anda.
Para ilmuan berpendapat, tidur bukanlah aktiviti yg tak bermakna. Tetapi tidur memberikan banyak kelebihan selain meningkatkan imuniti dan menajamkan fikiran anda, ia juga boleh membuatkan anda langsing. Tidur pada waktu siang selama 1-2 jam baik utk kesihatan otak dan merehatkan otot. Menurut Nieca Goldberg dr New York University mengatakan dgn tidur setidak-tidaknya ia akan membuatkan tekanan darah serta nafsu makan kembali stabil. Menurut penelitian, tidur melambatkan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan.
2. Coklat Untuk Peredaran Darah
Menikmati coklat dapat mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok. Tetapi pilihlah 'dark chocolate' kerana ia mengandungi banyak 'flavonoids' iaitu salah satu antioksidan yg berfungsi membuat pembuluh darah menjadi fleksibel. Sebuah penelitian membuktikan pengambilan 40gm 'dark chocolate' setiap hari selama 2 minggu dpt mengurangkan produksi hormon yg membuatkan anda cepat panik
3. Berhibur
Pergilah berhibur bersama kawan-kawan perempuan anda. Sebuah penelitian mengatakan ketika anda menghabiskan masa bersama kawan-kawan dengan tertawa atau sekadar berkongsi cerita, ia dapat menghindarkan anda daripada serangan selesema, otak lebih sihat dan panjangkan umur. Tetapi pilihlah sahabat di kalangan orang yg memberikan kesan positif pada emosi dan psikologi anda.
4. Manjakan Diri Dengan Perawatan
Menurut penelitian yg dilakukan pada tahun 2008, wanita yg melakukan rawatan secara rutin 2 kali seminggu, jarang mengalami tekanan. Sebaliknya, tenaga positif dapat disebarkan kepada pasangan anda dan akan membuatkan anda semakin sihat.
5. Makan Malam Sambil Menonton Filem Komedi
Banyak kajian mengatakan ketawa memberi banyak manfaat kesihatan kpd kita. Informasi dari American College of Cardiology mengatakan ketawa sama baiknya dengan aerobik kerana ia menyihatkan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan proses hormon stress. Di samping itu kajian lain membuktikan selepas 15 minit anda ketawa, pembuluh darah akan menjadi lebih lentur dan risiko serangan jantung akan berkurangan. Untuk mendapat manfaat seperti itu, selepas menikmati mkn mlm teruskan menonton filem komedi sambil menikmati kudapan yg mengandungi byk serat dan antioksidan untuk menurunkan risiko kanser dan masalah jantung.
6. Berjalan Kaki
Berbanding senaman yg lain, berjalan kaki lebih senang. Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Illinois mengatakan berjalan kaki sangat efektif untuk pembakaran lemak. Melakukan rutin berjalan kaki dengan cepat selama 3 jam seminggu dapat menyihatkan sel-sel otak. Sementara itu, mengikut Journal of Sport & Exercise Psychology, untuk menambahkan semangat anda melakukan aktiviti ini, disarankan agar anda memasang dan mendengar lagu berirama rancak semasa berjalan kaki.
No comments:
Post a Comment