Nikmati yang diingini. Mengelak dari menikmati makanan yg anda inginkan akan membuatkan anda makan makanan lain dengan lebih banyak. Jadi, nikmati saja tapi kawal jumlahnya. Jika inginkan kek, beli sepotong dan kongsilah bersama teman anda.
Musanahkan puncanya! Gemar melepaskan tekanan dengan makan? Kajian oleh Brian Wansink yang juga pengarang buku Mindless Eating, apabila anda pulang ke rumah selepas kerja dan terus menghala ke bilik tanpa singgah ke dapur akan berupaya mengurangkan 18% risiko makan mengikut perasaan.
Layan suara hati. Itulah yang berlaku apabila keinginan untuk makan datang dalam diri. Dari anda cuba buat-buat tak tahu, lebih baik anda bicara kembali kepadanya. Pujuk diri dan atasi keinginan tersebut.
Bertahan 25 minit. 12 minit masa diambil oleh otak individu yang memiliki berat ideal dan 25 minit bagi yang berlebihan berat badan untuk memberitahu tubuh yang anda baru saja menikmati makanan.
Ubah skirip! Dari anda mengulangi bait-bait sesalan, lebih baik anda berasa pusa kerana berjaya makan apa yang anda inginkan. Kemudian, cepat ikrar pada diri, " saya sudah dapat apa yang saya nak, kini tiba masanya saya fokus untuk benda lain pula. Cukup-cukuplah dengan makanan."
Mulakan langkah yang kecil. Itulah salah satu cara untuk perubahan lebih besar. Tukarlah tabiat pemakanan anda perlahan-lahan, jangan terlalu memaksa diri.
No comments:
Post a Comment