Saturday 18 May 2013

Menu hari ni...

Hari ni aku masak simple je..tak tau nak makan apa...hari-hari makan nasi boring jugak kan..jadinya aku godek-godek kat dapur jumpalah vegeroni yang aku beli hari tu...nak buat pasta tak dak cheese... jadilah pasta ala melayu gitu..hehe..

Vegeroni Goreng

Friday 17 May 2013

My Ciko

Ciko yang sedang posing tidur....





Marilah makan...

Mee Kari

Sambal Sotong

Ikan Bakar Masak Lemak Cili Api

Daging Masak Hitam
 
Daging Masak Kicap

Cucur Udang

                                                                       
                                                             

Wednesday 24 April 2013

Monday 22 April 2013

6 Trik elak keinginan mengunyah...




Nikmati yang diingini. Mengelak dari menikmati makanan yg anda inginkan akan membuatkan anda makan makanan lain dengan lebih banyak. Jadi, nikmati saja tapi kawal jumlahnya. Jika inginkan kek, beli sepotong dan kongsilah bersama teman anda.

Musanahkan puncanya! Gemar melepaskan tekanan dengan makan? Kajian oleh Brian Wansink yang juga pengarang buku Mindless Eating, apabila anda pulang ke rumah selepas kerja dan terus menghala ke bilik tanpa singgah ke dapur akan berupaya mengurangkan 18% risiko makan mengikut perasaan.

Layan suara hati. Itulah yang berlaku apabila keinginan untuk makan datang dalam diri. Dari anda cuba buat-buat tak tahu, lebih baik anda bicara kembali kepadanya. Pujuk diri dan atasi keinginan tersebut.

Bertahan 25 minit. 12 minit masa diambil oleh otak individu yang memiliki berat ideal dan 25 minit bagi yang berlebihan berat badan untuk memberitahu tubuh yang anda baru saja menikmati makanan.

Ubah skirip! Dari anda mengulangi bait-bait sesalan, lebih baik anda berasa pusa kerana berjaya makan apa yang anda inginkan. Kemudian, cepat ikrar pada diri, " saya sudah dapat apa yang saya nak, kini tiba masanya saya fokus untuk benda lain pula. Cukup-cukuplah dengan makanan."

Mulakan langkah yang kecil. Itulah salah satu cara untuk perubahan lebih besar. Tukarlah tabiat pemakanan anda perlahan-lahan, jangan terlalu memaksa diri.

Manjakan Diri Sihatkan Badan -Me Time-

Aktiviti harian yg sama setiap hari tentu membosankan. Walaupun dpt memenuhi jadual harian dgn teratur dan sempurna, namun anda tidak boleh terikat dgn jadual tersebut semata-mata. Cubalah mencuri masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yg boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan anda. Inilah saat "Me Time" daan rasakan bagaimana badan anda mengucapkn terima kasih kpd anda.

1. Tidurlah Dengan Lelap


                               

Para ilmuan berpendapat, tidur bukanlah aktiviti yg tak bermakna. Tetapi tidur memberikan banyak kelebihan selain meningkatkan imuniti dan menajamkan fikiran anda, ia juga boleh membuatkan anda langsing. Tidur pada waktu siang selama 1-2 jam baik utk kesihatan otak dan merehatkan otot. Menurut Nieca Goldberg dr New York University mengatakan dgn tidur setidak-tidaknya ia akan membuatkan tekanan darah serta nafsu makan kembali stabil. Menurut penelitian, tidur melambatkan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan.

2. Coklat Untuk Peredaran Darah


                                   

Menikmati coklat dapat mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok. Tetapi pilihlah 'dark chocolate' kerana ia mengandungi banyak 'flavonoids' iaitu salah satu antioksidan yg berfungsi membuat pembuluh darah menjadi fleksibel. Sebuah penelitian membuktikan pengambilan 40gm 'dark chocolate' setiap hari selama 2 minggu dpt mengurangkan produksi hormon yg membuatkan anda cepat panik

3. Berhibur

Pergilah berhibur bersama kawan-kawan perempuan anda. Sebuah penelitian mengatakan ketika anda menghabiskan masa bersama kawan-kawan dengan tertawa atau sekadar berkongsi cerita, ia dapat menghindarkan anda daripada serangan selesema, otak lebih sihat dan panjangkan umur. Tetapi pilihlah sahabat di kalangan orang yg memberikan kesan positif pada emosi dan psikologi anda.

4. Manjakan Diri Dengan Perawatan



Menurut penelitian yg dilakukan pada tahun 2008, wanita yg melakukan rawatan secara rutin 2 kali seminggu, jarang mengalami tekanan. Sebaliknya, tenaga positif dapat disebarkan kepada pasangan anda dan akan membuatkan anda semakin sihat.

5. Makan Malam Sambil Menonton Filem Komedi

Banyak kajian mengatakan ketawa memberi banyak manfaat kesihatan kpd kita. Informasi dari American College of Cardiology mengatakan ketawa sama baiknya dengan aerobik kerana ia menyihatkan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan proses hormon stress. Di samping itu kajian lain membuktikan  selepas 15 minit anda ketawa, pembuluh darah akan menjadi lebih lentur dan risiko serangan jantung akan berkurangan. Untuk mendapat manfaat seperti itu, selepas menikmati mkn mlm teruskan menonton filem komedi sambil menikmati kudapan yg mengandungi byk serat dan antioksidan untuk menurunkan risiko kanser dan masalah jantung.

6. Berjalan Kaki



Berbanding senaman yg lain, berjalan kaki lebih senang. Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Illinois mengatakan berjalan kaki sangat efektif untuk pembakaran lemak. Melakukan rutin berjalan kaki dengan cepat selama 3 jam seminggu dapat menyihatkan sel-sel otak. Sementara itu, mengikut Journal of Sport & Exercise Psychology, untuk menambahkan semangat anda melakukan aktiviti ini, disarankan agar anda memasang dan mendengar lagu berirama rancak semasa berjalan kaki.


Sunday 21 April 2013

My Lovely Cats



Ini kucing-kucing kesayangan aku..yang si ibu namanya Jelo...Yang si bapak dia pulak namanya Ciko...yang 3 ekor comel-comel tu anak-anak Jelo dan Ciko..Kucing-kucing ni lah penghibur aku..Jelo beranak pada 18 March 2013 jam 3.15 petang...Semua anak dia 5 ekor..Tapi mati masa beranak 2 ekor..Mungkin sebab lemas dan kena penyek dengan si Jelo..maklumlah Jelo first time beranak...

Mula-mula aku risau jugak bila Jelo ni bunting sebab umur die tak sampai setahun lagi masa tu..masa dia beranak pun umur dia baru 8 bulan..Tapi si Jelo pandai jaga anak dan sangat sayang anak-anak dia...pantang dengar anak dia bunyi mesti dia pergi dekat anak dia bagi susu....Jadi anak-anak dia semua montel-montel belaka...tapi si Jelo pulak jadi kurus...mungkin sebab kitten ambik zat-zat dia kot masa menyusu..Sekarang umur kitten dan sebulan 3 hari..aku dah start bagi minum susu...Tapi guna botol susu untuk kitten tu sebab dia tak pandai lagi minum sendiri...:)

Thursday 18 April 2013

Cinta Yang terhalang....

Assalamualaikum semua...kat sini aku nak kongsi pengalaman sendiri bagaimana perasaannya apabila cinta kita untuk si dia dihalang oleh orang tua sendiri....Banyak sebab kenapa cinta kita tak direstui..mungkin tak sama taraf pendidikan, tak sama darjat, cinta lain bangsa dan cinta yang jauh jurang antara umur. ..

Bagi aku, apa yang terjadi disebabkan kerana jurang umur aku dengan si dia terlalu jauh dan statusnya seorang duda...disebabkan itu ayah aku menentang habis-habisan hubungan kami...mak aku pula tak berapa setuju juga  tetapi dia lebih memahami aku..maksudnya tak adalah menghalang seperti ayah aku...Kata ayah, kalau aku nak kahwin juga dengan si dia, dia tak nak jadi wali...sedihnya rase hati ini.... siapalah yang nak kahwin tanpa berwalikan ayah kandung sendiri...:-(

Hatiku sangat berbelah bahagi...bagiku dia adalah yang terbaik untukku...bukan paras rupa dan bukan harta kekayaan yang aku pilih..tetapi peribadinya yang memikat hatiku..aku yakin dialah yang terbaik untukku..yang dapat memimpin aku menuju illahi..terlalu banyak yang aku pelajari darinya setelah tiga tahun lebih perkenalan kami... Tak sanggup aku untuk meninggalkannya setelah apa yang kami lalui bersama ... Nak menangis dah tak terdaya lagi....Walaupun terkadang aku menjadi putus asa akan semua ini, dia sentiasa memberikan semangat...Katanya, Allah memberikan ujian kepada setiap insan yang mampu membawanya...Semakin banyak ujian dan dugaan dari Allah, semakin Allah menyayangi kita...Setiap kali itu juga aku menjadi positif...setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat..

Apa yang mampu aku buat sekarang adalah dengan berdoa moga terbuka pintu hati ayah untuk terima si dia...Tetapi dalam perkara ni aku jadi terkilan dengan ayah....aku kah yang mempunyai kuasa untuk memilih jodohku sendiri...Bukankah sejak azali lagi ajal maut dan jodoh pertemuan telah Allah s.w.t tetapkan di Loh Mahfuz...Siapalah aku untuk melukis takdir di tangan sendiri..Akukah yang bersalah...Mengapa ayah begitu berkeras menghalangku...Sanggupkah seorang ayah meliahat anaknya menderita....

Kata orang, rumah tangga yang dibina tanpa restu orang tua tidak akan bahagia..tetapi bagi aku itu bergantung pada diri kita sendiri bagaimana kita mencorakkan rumah tangga yang kita bina nanti..dan  hanya Allah s.w.t yang menentukan kebahagiaan seseorang...Jadi kita semua tiada kuasa untuk menghukum kebahagiaan seseorang itu...Selagi ada kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan...Tiada apa yang aku harapkan melainkan suatu hari nanti ayah akan berlembut hati...Doakan aku ye kawan-kawan.... Moga Allah s.w.t meredhai hubungan kami...